PENGENALAN
Keadaan masyarakat pada masa kini memerlukan mereka untuk sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang. Tanpa langkah yang betul dalam menangani permasalahan yang dihadapi boleh membawa kepada masalah emosi. Masalah emosi sering dikaitkan dengan masalah mental, kemurungan (depresif) dan juga kecelaruan emosi. Masalah ini juga dikenali sebagai tekanan perasaan.
Kebiasaannya, kaum wanita merupakan kaum yang sering mengalami masalah emosi berbanding lelaki. Namun ini tidak bermakna yang lelaki tidak mengalami masalah emosi. Ia sering dikaitkan dengan wanita kerana wanita lebih suka meluahkan berbanding menyimpannya sendirian. Ia berlainan dengan kaum lelaki. Kaum lelaki sering memendamkan masalah emosi yang dialami berbanding meluahkannya kerana di khuatiri akan dikatakan seorang yang lemah.
DEFINISI
Masalah emosi merupakan gangguan perasaan yang berlaku kepada individu sehingga mengganggu aktiviti kehidupan seharian.
Definisi Kaunseling menurut Zainal Abidin Ahmad (2002), beliau menjelaskan kaunseling sebagai satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.
PUNCA MASALAH EMOSI
Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kepada masalah emosi yang dihadapi. Antara punca masalah emosi ini ialah mengalami ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak, stress yang keterlaluan, sukar menerima kehilangan orang tersayang, kurang mendapat perhatian dan kasih sayang serta menghadapi tekanan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi.
GEJALA MASALAH EMOSI
Seseorang itu boleh dikatakan menghadapi masalah emosi apabila menghadapi gejala-gejala yang akan di sebutkan. Gejala pertama ialah perubahan perasaan. Perubahan perasaan ini dimulai dengan rasa kesedihan yang berpanjangan serta suka menyalahkan diri sendiri atau orang lain.
Gejala seterusnya ialah gangguan terhadap fungsi kognitif. Ini kerana pesakit akan mudah berasa putus asa, mempunyai rasa bersalah yang keterlaluan, pernah terfikir untuk membunuh diri dan juga hilang keseronokan, tumpuan dan minat terhadap sesuatu perkara.
Gejala ini juga boleh dikesan melalui tanda-tanda biologi. Antara tanda-tanda tersebut ialah hilang selera makan dan berat badan. Pesakit juga mengalami gangguan tidur, mula hilang keinginan seksual, gangguan kitaran haid, cepat lesu, selalu sakit kepala dan sakit-sakit badan, masalah pencernaan, termasuklah sembelit dan cirit-birit dan juga insomnia.
RAWATAN
Terdapat pelbagai jenis rawatan yang telah diperkenalkan bagi merawat masalah emosi yang dialami. Antara jenis rawatan yang diberikan ialah Terapi Psikologikal. Terapi ini meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang dihadapinya.
Rawatan seterusnya ialah Terapi berkumpulan. Rawatan ini melibatkan perjumpaan dalam satu kumpulan yang mempunyai masalah yang sama. Mereka akan saling berkongsi masalah dan cara mereka menanganinya berdasarkan pengalaman yang telah dialami.
Selain itu juga, Terapi Kognitif juga merupakan salah satu rawatan yang diberikan kepada individu yang mengalami masalah emosi. Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimumkan kesan di sebalik kejadian itu.
Terapi Pharmacotherapy juga digunakan sebagai salah satu rawatan. Rawatan ini menggunakan ubat-ubatan yang boleh membantu mengubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia menerima lain-lain rawatan.
INSTITUSI / AGENSI YANG TERLIBAT
Jabatan Psikiatri di hospital-hospital besar seluruh negara.
- Mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu pesakit pulih sepenuhnya.
Pusat-pusat Kesihatan
- Dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu pesakit pulih dari penyakit dan kembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Memberi perkhidmatan kaunseling
Persatuan Kesihatan Mental Malaysia – Petaling Jaya
Kumpulan-kumpulan Sokongan Keluarga di setiap negeri.
Befrienders Malaysia
PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
Biasanya akan menggunakan kaunseling secara individu. Tujuannya adalah untuk membantu pesakit memahami akan hal penyakit untuk membolehkan pesakit lebih bersedia menangani pesakit yang dialami. Selain itu juga, ia adalah untuk membantu individu agar dapat meningkatkan keyakinan serta jati diri masing-masing.
JENIS-JENIS KAUNSELING
Terdapat dua jenis kaunseling yang diberikan iaitu Kaunseling Individu dan Kaunseling berkumpulan. Di dalam kaunseling individu, kaunseling yang dijalankan adalah bertujuan mewujudkan interaksi dan komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan alternatif penyelesaian
Di dalam Kaunseling berkumpulan pula, ia melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit depresif menjalani sesi kaunseling bersama-sama membincangkan pengalaman, masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan. Peranan Kaunselor di dalam kaunseling kumpulan hanyalah sebagai pemimpin.
PENDEKATAN KAUNSELING
Terdapat empat pendekatan yang biasa digunakan dalam proses kaunseling. Pendekatan tersebut ialah (i) PERKEMBANGAN : Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat serta peningkatan sifat positif. (ii) INTERVENSI : Mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. (iii) PENCEGAHAN : Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya. (iv) PEMULIHAN : Penekanan adalah kepada isu-isu permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang dapat berfungsi sepenuhnya.
KESIMPULAN
Langkah pencegahan masalah emosi boleh diambil dengan kawalan emosi dari diri individu di samping menerima khidmat kaunseling untuk mengembalikan keyakinan diri individu.
Tuesday, October 20, 2009
MASALAH EMOSI DAN KAUNSELING
Posted by ashriq at 12:34 PM 0 comments
CABARAN KEBAJIKAN SOSIAL PADA MASA KINI DAN HADAPAN
Kebajikan sosial saling berkait rapat dengan bidang kerja sosial. Kebajikan sosial di Malaysia telah lama wujud semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Perkhidmatan kebajikan sosial yang diberikan adalah bagi menjaga kebajikan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan dari pelbagai aspek seperti aspek kesihatan, pendidikan, sosial, ekonomi dan sebagainya.
Bidang kerja sosial mula mendapat tempat di kalangan ahli akademik dan mula di jadikan satu profesion. Namun masyarakat masih lagi mempunyai salah faham terhadap skop bidang kerja sosial. Masyarakat sering mengaitkan profesion kerja sosial denga kerja kesukarelawanan. Walaupun kerja sosial telah lama bertapak di Malaysia tapi perkembangannya sangat perlahan. Ianya lebih di kenali dalam bidang perubatan iaitu pekerja sosial perubatan. Walaupun ianya telah mula diterima sebagai satu profesion, jumlah yang memilih profesion ini masih kecil di sebabkan mempunyai pandangan bahawa bidang ini tidak memberikan masa depan yang cerah.
Pada masa akan datang, mereka yang dilantik sebagai pekerja sosial perlulah memiliki kelulusan dari bidang sains sosial yang mengkhusus kepada kerja sosial. Tanpa pengetahuan yang tinggi mengenai bidang ini, perkhidmatan yang diberikan tidak akan tercapai matlamatnya.
Apa yang dapat dinyatakan disini ialah sistem kebajikan sosial di negara kita dapat ditingkatkan sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam mencari golongan yang memerlukan. Seperti yang diketahui, didalam bidang kebajikan sosial, kita sebagai pekerja sosial seharusnya mencari golongan tersbut bukannya mereka yang datang sendiri. Ini adalh bagi mengelakkan adanya golongan yang tercicir dari menerima bantuan yang telah dikhaskan untuk mereka.
Posted by ashriq at 12:30 PM 0 comments
Sunday, September 13, 2009
Mengapa Manusia Bermasalah?
Faktor Persekitaran
Dalam menjalani kehidupan harian, setiap individu tidak terlepas daripada mengalami masalah sama ada berpunca daripada diri sendiri mahupun persekitaran. Dalam hal ini, tedapat lima faktor yang menjawab persoalan Mengapa Manusia Bermasalah?. Faktor-faktor tersebut adalah daripada genetik, sosialisasi, persekitaran, struktur peluang dan perbezaan budaya. Dalam persoalan ini, kami hanya akan membincangkan tentang faktor persekitaran. Faktor persekitaran merupakan antara faktor banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Faktor persekitaran ini juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu dari segi mikro dan makro. Perskitaran mikro melibatkan persekitaran institusi keluarga, tempat kerja dan sekolah. Manakala dari sudut makro pula merujuk kepada keadaan yang lebih meluas iaitu melibatkan hubungan persekitaran dengan teknologi, globalisasi dan media.
Dari segi mikro, institusi keluarga merupakan faktor persekitaran yang paling hampir dengan individu. Di mana, kefungsian institusi keluarga akan mempengaruhi seseorang itu untuk bertingkahlaku dengan persekitaran luar. Sebagai contoh, dengan penularan masalah sosial yang sangat membimbangkan di kalangan remaja berpunca daripada ketidakfungsian keluarga itu sendiri untuk memainkan peranan dan tanggungjawab. Secara tidak langsung, persekitaran sekolah turut mempengaruhi seseorang individu itu untuk membuat keputusan dengan lebih efisyen yang berpandukan kepada pengetahuan seterusnya dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
Dari segi makro pula, ia dilihat sebagai satu faktor yang sangat dominan dalam suatu masalah. Hal ini adalah kerana masalah ini akan melibatkan kerumitan kepada individu, masyarakat mahupun negara. Secara globalisasi, kemelesetan ekonomi telah memberi impak yang sangat besar kepada dunia amnya dan sekaligus memberi kesan negatif dalam khidupan manusia. Sebagai contoh, sektor perkilangan akan mengalami kerugian dan secara tidak langsung peluang pekerjaan menjadi sempit serta menyebabkan ada di antara mereka hilang sumber pendapatan. Faktor teknologi dan media mempunyai perkaitan yang sangat signifikan untuk seseorang itu beradaptasi dengan persekitaran sosial, politik dan ekonomi. Hal ini adalah kerana, kemajuan teknologi pada masa kini telah menyebabkan seseorang itu menyalahgunakan sumber yang ada. Sebagai contoh, dengan adanya laman sesawang seperti ruang sembang iaitu facebook, frienster, tagged, myspace dan yahoo massenger telah menyebabkan seseorang itu leka dan mudah terjebak dengan aktiviti porno. Fenomena ini semakin membimbangkan apabila ianya melibatkan golongan remaja bawah umur yang akan memberi ketagihan kepada mereka untuk melayari internet.
Secara konklusinya, pengawalan dan pengawasan daripada pihak tertentu seperti ibubapa, pihak sekolah dan kerajaan amat penting dalam membantu seseorang itu mengawal personaliti dinamik mereka yang terdiri daripada tingkahlaku, persepsi dan kognitif. Sebagaimana kata-kata daripada Imam Al-Ghazali, `Allah tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan mereka berusaha untuk mengubahnya’. Kata-kata ini seharusnya menjadi panduan hidup seseorang yang berhadapan dengan pelbagai masalah agar mereka dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik tanpa berserah kepada takdir semata-mata.
Posted by ashriq at 12:26 PM 0 comments
Thursday, September 3, 2009
Kes HIV/Aids di Malaysia
Kes Hiv / Aids mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1986. Sejumlah 84,630 jangkitan HIV telah dilaporkan di Malaysia dan 11,384 orang telah meninggal dunia dari AIDS seperti dilaporkan sehingga 31 Disember 2008. jangkitan terbaru HIV di kalangan orang dewasa yang berumur 20 hingga 29 tahun (32.5% kes pada 2003 dan 24.9% kes pada 2008) dan mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun (41.8% kes pada 2003 dan 42.2% kes pada 2008). Walaupun lelaki mewakili majoriti kes-kes baru HIV di Malaysia, jumlah wanita yang HIV+ semakin meningkat. Wanita mewakili 9.5% pada semua kes-kes baru pada tahun 2000, 10.8% kes pada 2004 dan 19.1% kes pada 2008. Terdapat tiga cara HIV boleh berjangkit: · Melalui hubungan seks anal, oral, faraj tanpa perlindungan dengan pasangan yang dijangkiti · Melalui perkongsian jarum atau bahan-bahan suntikan dengan orang yang dijangkiti · Dari ibu ke anak semasa kehamilan, kelahiran atau menyusu badan ** HIV tidak boleh berjangkit melalui aerate, air liur dan peluh
Posted by ashriq at 10:15 AM 0 comments
Friday, August 7, 2009
Isu Kemiskinan
Kemiskinan bukan hanya dilihat dari aspek fizikal sahaja tetapi dari pelbagai aspek kehidupan
Posted by ashriq at 11:14 AM 0 comments
Isu Kanak-kanak
kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat saban tahun. Bagaimana mereka akan menjadi pemimpin pada masa hadapan sedangkan ibubapa mereka telah mendera mereka.. Apakah yang mendorong mereka untuk membuang bayi yang tidak bersalah ini?
Posted by ashriq at 11:13 AM 0 comments
Isu Orang Kurang Upaya
FENOMENA INI DAPAT DILIHAT DI LUAR MASJID SELEPAS SOLAT JUMAAT. KITA DAPAT LIHAT RAMAI YANG MEMINTA SEDEKAH DI PINTU MASUK/ KELUAR MASJID. NAMUN ADA ANTARA MEREKA YANG MENJUAL TISU ATAU PEN KERANA TIDAK MAHU DIANGGAP SEBAGAI MEMINTA SEDEKAH.
Posted by ashriq at 11:00 AM 0 comments